Monday, 18 July 2011

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PMR DAN SPM 2010


INOVASI BAGI PENCAPAIAN KECEMERLANGAN PMR DAN SPM

PENGETUA SMK ZON R1 WANGSA MAJU KL



KATA-KATA ALUAN
PENGETUA SMK ZON R1 WANGSA MAJU
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaratuh dan  Salam Satu Malaysia.
           
            Alhamdulillah dan syukur ke hadrat illahi atas peluang yang diberikan kepada saya bagi merancang pengurusan sekolah 2011.Syabas dan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan sekolah juga atas segala usaha yang telah diberikan  dalam tahun 2010,Syukur juga  pada Allah atas peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada kita untuk terus berkhidmat  mendidik Modal Insan Malaysia  Zon R1 bagi sesi 2011 ini.
Saya selaku pengetua,mempunyai aspirasi yang tinggi akan peluang yang bakal ditempuhi pada 2011 ini,agar kita sama-sama mampu dan terus mengangkat martabat sekolah dan warganya kepada tahap yang lebih cemerlang InsyaAllah
Selamat datang guru-guru baru,dan bersama kita akan mengorak langkah perjuangan kita  bersama.Beberapa pendekatan baru telah dirancang  dari aspek pengurusan sekolah,HEM,
Kurikulum dan Kokurikulum,sebagaimana telah dirancang dalam Perancangan Strategik Sekolah.
Justeru itu saya menyeru kepada  semua yang terlibat marilah bersama-sama kita menjayakannya.Kepuasan kerja kita tentunya datang  dari kejayaan anak didik kita,sekolah kita dan diri kita bersama-sama.
 Satu  kejayaan bagi sekolah apabila dalam 2010 telah  Berjaya ; Zon R1 sebagai Sekolah Lestari-Anugerah Alam Semulajadi,peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dan dengan Visi Lestari sekolah “Zon R1 penggerak kelestarian sekolah –sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Misi Lestari sekolah “ SMK Zon R1 melestarikan Alam Sekitar  untuk kesejahteraan warga sekolah,masyarakat setempat dan negara”. Ini adalah peluang yang perlu dicari  dan di gunakan semaksimum bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah. Sebagaimana Visi sekolah”Zon R1 sekolah cemerlang di Zon Keramat menjelang 2015.Visi ini  hanya dapat dilakukan dengan satu pasukan kerja warga sekolah yang dinamik ,penglibatan positif dari ibubapa dan hubungan luar yang baik.
Keselamatan sekolah adalah bidang yang perlu diperteguhkan ,pengajaran dari kejadian 2010.Kesilapan kita mengundang kerugian dan  bahaya.
Sekarang.marilah kita kotakan Akur Janji kita sebagai guru Malaysia yang beramanah dan beriltizam dalam ikrar kita sebagai Guru Malaysia kerana kegagalan  usaha yang telah dipertanggung jawabkan keatas bahu kita  mengundang padah dengan terhasilnya Modal Insan Malaysia yang tidak berpotensi serta Bangsa  Malaysia yang mundurMoga deangan Modul Didik dan Bimbing,kita  meraih warga sekolah yang terdidik dan cemerlang.
Selamat datang  2011. Selamat maju jaya…Selamat datang  kejayaan untuk semua!

Moto Sekolah “Hidup perlu berbakti.”
Sekian, Terima kasih.

HALIMAHTON BT MOHD SALEH