| KATA-KATA ALUAN PENGETUA SMK ZON R1 WANGSA MAJU Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaratuh dan Salam Satu Malaysia. Alhamdulillah dan syukur ke hadrat illahi atas peluang yang diberikan kepada saya bagi merancang pengurusan sekolah 2011.Syabas dan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan sekolah juga atas segala usaha yang telah diberikan dalam tahun 2010,Syukur juga pada Allah atas peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada kita untuk terus berkhidmat mendidik Modal Insan Malaysia Zon R1 bagi sesi 2011 ini. Saya selaku pengetua,mempunyai aspirasi yang tinggi akan peluang yang bakal ditempuhi pada 2011 ini,agar kita sama-sama mampu dan terus mengangkat martabat sekolah dan warganya kepada tahap yang lebih cemerlang InsyaAllah Selamat datang guru-guru baru,dan bersama kita akan mengorak langkah perjuangan kita bersama.Beberapa pendekatan baru telah dirancang dari aspek pengurusan sekolah,HEM, Kurikulum dan Kokurikulum,sebagaimana telah dirancang dalam Perancangan Strategik Sekolah. Justeru itu saya menyeru kepada semua yang terlibat marilah bersama-sama kita menjayakannya.Kepuasan kerja kita tentunya datang dari kejayaan anak didik kita,sekolah kita dan diri kita bersama-sama. Satu kejayaan bagi sekolah apabila dalam 2010 telah Berjaya ; Zon R1 sebagai Sekolah Lestari-Anugerah Alam Semulajadi,peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dan dengan Visi Lestari sekolah “Zon R1 penggerak kelestarian sekolah –sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Misi Lestari sekolah “ SMK Zon R1 melestarikan Alam Sekitar untuk kesejahteraan warga sekolah,masyarakat setempat dan negara”. Ini adalah peluang yang perlu dicari dan di gunakan semaksimum bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah. Sebagaimana Visi sekolah”Zon R1 sekolah cemerlang di Zon Keramat menjelang 2015.Visi ini hanya dapat dilakukan dengan satu pasukan kerja warga sekolah yang dinamik ,penglibatan positif dari ibubapa dan hubungan luar yang baik. Keselamatan sekolah adalah bidang yang perlu diperteguhkan ,pengajaran dari kejadian 2010.Kesilapan kita mengundang kerugian dan bahaya. Sekarang.marilah kita kotakan Akur Janji kita sebagai guru Malaysia yang beramanah dan beriltizam dalam ikrar kita sebagai Guru Malaysia kerana kegagalan usaha yang telah dipertanggung jawabkan keatas bahu kita mengundang padah dengan terhasilnya Modal Insan Malaysia yang tidak berpotensi serta Bangsa Malaysia yang mundurMoga deangan Modul Didik dan Bimbing,kita meraih warga sekolah yang terdidik dan cemerlang. Selamat datang 2011. Selamat maju jaya…Selamat datang kejayaan untuk semua! Moto Sekolah “Hidup perlu berbakti.” Sekian, Terima kasih. HALIMAHTON BT MOHD SALEH |
Monday, 18 July 2011
PENGETUA SMK ZON R1 WANGSA MAJU KL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Assalammualaikum, Tuan/Puan
ReplyDeletePromosi Kelas ICT Percuma untuk Masjid dan Sekolah-Sekolah Berhampiran Gombak
Perkara diatas adalah dirujuk.
Sehubungan dengan itu kami dari syarikat Xpert Synergy Sdn Bhd (PAKARPC) bersemperna datangnya bulan Ramadhan akan mengadakan ‘Kelas ICT percuma untuk masjid-masjid dan sekolah-sekolah berhampiran Gombak’.
Walau bagaimanapun tempat adalah terhad dan keutamaan diberikan kepada masjid-masjid dan sekolah-sekolah yang memberikan pengesahan dan mendaftar awal. Senarai pendaftaran mestilah dihantar selengkapnya dan dihantar ke alamat:
Pusat Latihan PAKARPC, No 23-1, Block A, Platinum Walk, Danau Kota, No 2 Jalan Langkawai 53300 WP Kuala Lumpur.
Keutamaan di berikan Kepada:
Ahli Jawataankuasa Masjid dan Anak-Anak Khariah
Cikgu-Cikgu dan Pelajar-Pelajar
Anak-Anak Yatim / Miskin
Orang Kurang Upaya (Lemah Pembelajaran)
Pesara Tentera dan Polis
Warga Emas -60 Tahun dan Keatas
Kerjasama dari pihak tuan/puan adalah amat dihargai
Sekian terima kasih
Yang benar
Pengarah Urusan-PAKARPC
Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari
www.facebook.com/thepakarpc
019-275 0031
1. Asas Komputer Dan Komponen
2. Asas Microsoft Windows 7
3. Asas Microsoft Office 2010 (Word&PowerPoint)
4. Social Media-Daftar Dan Guna E-mail (Gmail)
5. Social Media-Daftar Dan Guna Facebook
6. Social Media-Daftar Dan Guna Blog
7. Teknik Carian Dan Download Di Internet
8. Asas Video-Microsoft Movie Maker
9. Asas Graphic-Adobe Photoshop
10. Asas Graphic-Adobe Illustrator
Hubungi Kami Untuk Keterangan Lanjut